MPKK diwujudkan di Mukah

MUKAH: Sehingga kini seramai lebih 100 ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah ditubuhkan di seluruh kawasan Mukah meliputi Dun Dalat, Tellian dan Balingian.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang menjelaskan menerusi mesyuarat koordinasi MPKK yang dihadiri parti komponan Pakatan Harapan (PH) semalam, pihaknya bersetuju menubuhkan ahli jawatankuasa koodinasi untuk MPKK pada peringkat Parlimen Mukah.

“Sebagai pemulaan juga kita akan tubuhkan Seketeriat PH untuk semua aktiviti yang dianjurkan oleh PH di kawasan Mukah ini.

“Mesyuarat ini juga merupakan kali pertama kita dapat menghimpunkan parti-parti komponen PH yang ada, bagi membincangkan penyelarasan MPKK di kawasan Mukah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat koordinasi MPKK di Pejabat PKR Mukah semalam.

Dalam pada itu jelasnya setelah penubuhan MPKK telah diistiharkan secara rasmi, semua ahli-ahli MPKK akan dihimpunkan dalam satu perjumpaan secara besar-besaran yang akan diadakan di Mukah.

“Mereka akan diberikan penerangan tentang peranan sebenar MPKK ini, walaupun sebelum ini sudah ada diberi penerangan di kawasan masing masing dan kita juga menjemput pihak dari kementerian untuk menjelaskan peranan sebenar mpkk ini kepada masyarkat.

“Ini juga kerana selepas ini segala projek-projek dari kerajaan persekutuan akan disalurkan melalui MPKK ini,” ujarnya.

Beliau turut berharap dengan kerjasama erat parti komponan PH yang ada di Mukah, lebih banyak pertemuan dapat dijalankan bagi mengerakkan jentera PH kerana pertemuan tersebut menjadi titik pertemuan bagi membincangkan kerjasama dalam menangani masalah yang dihadapi di luar bandar.

“Ini sesuai dengan hasrat dan tujuan kerajaan dibawah PH bagi membawa pembangunan dan kemajuan kepada semua rakyat khasnya di Sarawak.

“Selepas ini kita akan lebih kerap mengadakan pertemun dan terus komited dalam menyampaikan perkhidmatan di kawasan Parlimen Mukah, kepada semua pihak tidak kira latar belakang mereka,” katanya.