ARTIKEL

MPP belanja RM125,000 untuk bersihkan sampah haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Lo Khere Chiang ketika meninjau kawasan pembuangan sisa secara haram di Batu 6, hari ini.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) membelanjakan sebanyak RM125,000 untuk membersihkan pembuangan sisa secara haram oleh orang ramai di dalam kawasan seliaannya pada tahun lepas.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata wang yang digunakan itu adalah hasil daripada pembayaran cukai oleh penduduk.

“Sekiranya wang ini tidak digunakan untuk membersihkan pembuangan sisa haram ini, ia boleh digunakan untuk menaik taraf infrastruktur lain seperti taman.

“Dengan RM125,000 itu kita boleh menaik taraf banyak taman,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kawasan pembuangan sisa secara haram di Batu 6, di sini hari ini.

Justeru, beliau yang juga Adun Batu Kitang menyeru kepada masyarakat bukan sahaja di kawasan MPP, tetapi di seluruh Sarawak untuk mempunyai kesedaran sivik dalam isu pembuangan sisa secara haram.

“Amat menyedihkan untuk mengatakan rakyat di negeri ini masih belum belajar untuk menjaga kebersihan alam sekitar tetapi ia adalah fakta yang perlu kita hadapi hari ini,” kata.

Lo menegaskan isu pembuangan sisa secara haram tidak akan selesai sekiranya tiada kerjasama daripada masyarakat untuk mengawalnya.

“Walaupun terdapat undang-undang, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana mereka hanya akan membayar denda dan mereka tidak ada hati untuk menghentikan lambakan pembuangan sisa secara haram ini.

“Kalau kita nak pergi cari orang yang bersalah, nak tangkap, saman, ia bukan tugas mudah kerana jumlah anggota polis dan kakitangan MPP yang tidak mencukupi,” katanya.

MENYEDIHKAN.. Lo Khere Chiang menunjukkan keadaan sisa sampah yang dibuang secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab

Jelasnya, meskipun pembuangan sisa secara haram ini dihentikan di satu tempat, pihak tidak bertanggungjawab terbabit akan tetap mencari tempat baharu untuk dijadikan kawasan pembuangan sisa.

Katanya, antara kawasan di bawah bidang kuasa MPP yang sering dijadikan tempat pembuangan sisa secara haram ialah Jalan Kangkok, Batu Kawa, Kuching City Mall, Jalan Arang 15C1, Jalan Ensing Timur dan Jalan Khung Phin Ulu.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat untuk memaklumkan kepada MPP sekiranya terlihat aktiviti pembuangan sisa secara haram.

“Sekiranya terlihat mana-mana individu melakukan aktiviti ini, anda boleh ‘zoom’ kenderaannya, nombor plat kenderaan yang membuang sampah dan hantar kepada saya, saya akan muat naik di Facebook,” ujarnya.

Beliau percaya, dengan cara seperti ini, semua masyarakat dapat membantu memantau aktiviti pembuangan sisa secara haram ini selain menggalakkan orang ramai untuk meningkatkan kesedaran mereka dalam memastikan persekitaran bersih.

“Saya percaya dengan berbuat demikian kita akan dapat membendung pembuangan haram ini dengan berkesan,” katanya.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga