MPP buka kaunter untuk daftar vaksin Covid-19 setiap hujung minggu

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang mengajak orang ramai mendaftarkan diri untuk menerima vaksin Covid-19 di tiga lokasi kaunter pendaftaran vaksinasi yang telah ditetapkan.

Menurutnya, program tersebut diadakan setiap hujung minggu pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan berakhir pada 8 April depan.

“Untuk hari ini, kita adakan di Pasar Basah Batu 3, dan setakat jam 10.00 pagi tadi seramai 40 orang telah mendaftar.

“Kita tidak menetapkan sasaran tertentu kerana mahu mendapat seramai mungkin individu yang mendaftarkan diri untuk di vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyaksikan pendaftaran vaksin Covid-19 di Pasar Basah Batu 3, hari ini.

Salah seorang pengunjung yang menggunakan kemudahan untuk mendaftarkan diri

 

(Lo Khere Chiang semasa ditemui pemberita)

Suara Sarawak