ARTIKEL

MRSM Bintulu beroperasi 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kampus Bintulu yang baharu dibina dengan peruntukan berjumlah RM122 juta, dijangka mula beroperasi pada Mac 2024.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan hab penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti, khususnya dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sekali gus mencungkil baharu bakat di Bintulu.

“Penting untuk memupuk kepakaran dalam mata pelajaran STEM seperti astronomi, fizik dan kimia untuk membantu dalam pembangunan modal insan negeri dan menyokong pertumbuhan ekonomi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian MRSM Bintulu di sini, semalam.

Abang Johari turut memetik peranan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dalam membangunkan bahan api penerbangan mampan (SAF) berasaskan alga di Bintulu sebagai bukti penguasaan terhadap subjek sains.

“Kita memerlukan kepakaran seperti ini yang boleh menghasilkan produk mesra alam yang menyumbang kepada dunia.

“Di sinilah MRSM kampus Bintulu memainkan peranan penting dalam memupuk bakat insan untuk pembangunan ekonomi,” ujarnya.

Beliau menambah, MRSM di Kuching, Mukah dan Betong juga melahirkan individu yang berjaya dalam pelbagai bidang sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sama ada di dalam dan luar negara, termasuk institusi terkenal seperti Imperial College London.

“Mujurlah selepas menubuhkan beberapa syarikat besar seperti PETROS, kita telah menarik ramai individu mahir untuk kembali ke negeri ini bagi menyumbang kembali kepada ekonomi tempatan.

“Ini bermakna kita perlu melatih tenaga kerja supaya setanding dengan trend ekonomi semasa untuk menjadikan Sarawak negeri berpendapatan tinggi,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim