ARTIKEL

MS puas hati pencapaian skuad terjun di Hangzhou

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MS) berpuas hati dengan pencapaian skuad terjun negara yang menamatkan cabaran pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan membawa pulang lima pingat (satu perak dan empat gangsa) secara keseluruhan. 

Setiausaha Agungnya Andy Low, bagaimanapun mengakui gusar apabila beberapa penerjun negara semakin berusia pada edisi seterusnya dan berharap atlet muda segera bangkit untuk mengambil alih tugas barisan penerjun senior pada temasya sukan empat tahun sekali itu. 

“Saya berpuas hati dengan pencapaian melebihi edisi Jakarta-Palembang 2018 yang ketika itu Malaysia membawa pulang satu perak dan tiga gangsa.

Terima kasih kepada bekas barisan exco MS sebab mereka telah menyediakan pasukan terbaik dan kita sambung tugas mereka.

“Namun kita ada sedikit kekhuatiran (dengan barisan atlet yang semakin berusia).

Kita sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pastikan proses kemajuan atlet muda dapat dilakukan dengan cepat,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menerima tajaan RM15,000 daripada DSA (DSwim Academy) bagi skuad polo air lelaki negara di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. 

Andy turut melahirkan harapan agar ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, 30, dan Nur Dhabitah Sabri, 24, masih mampu menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 berdasarkan rekod cemerlang mereka ketika ini. 

Malaysia memperoleh pingat perak menerusi gandingan Nur Dhabitah-Ng Yan Yee (3 meter (m) papan anjal seirama wanita) sekali gus mempertahankan gelaran itu pada edisi 2018. 

Empat gangsa pula melalui gandingan Nur Dhabitah-Pandelela (10m platform seirama wanita), Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney (10m platform seirama lelaki), Pandelela (10m platform wanita) dan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang (3m papan anjal seirama lelaki). 

Mengenai perenang negara yang gagal membawa pulang pingat, Andy berkata pihaknya sedang dalam perbincangan bagi memastikan prestasi mereka berada di landasan yang betul.

 “Namun ada satu atau dua acara dapat keputusan baik seperti Khiew Hoe Yean yang menamatkan cabaran 400m gaya bebas lelaki di tempat keempat, tapi kita akui masih perlu perbaiki,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku