ARTIKEL

M’sia cadang salurkan bantuan Gaza secara air drop

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bercadang menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk Gaza secara digugurkan melalui ruang udara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan berbincang menentukan alternatif terbaik  menyalurkan bantuan berkenaan.

“Kalau kita mahu lakukan bantuan kemanusiaan melalui udara, mungkin kita hantar barang itu dan pihak sana yang lakukan air drop… bukan dari kapal terbang kita.

“Tetapi cara bagaimana nak sampai ke tempat itu, ia di bawah bidang kuasa Kementerian Luar (KLN).

Untuk sampai ke Gaza, ia urusan KLN dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pergi buat air drop,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri oleh penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta, bank dan orang awam kepada ATM di Auditorium Wisma Pertahanan.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia digugurkan dari udara di utara Gaza menggunakan pesawat kargo C130 milik Tentera Udara Diraja Jordan.

Usaha itu dijalankan menerusi badan bukan kerajaan, Karisma Humanitarian Outreach Mission, hasil kerjasama Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan, Childcare Charity Association dan Tentera Udara Diraja Jordan.
– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36