ARTIKEL

M’sia, China lanjutkan pengecualian visa untuk kukuhkan hubungan dua hala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk hubungan persahabatan, menurut kenyataan bersama antara dua negara berkenaan hari ini. 

Kenyataan itu berkata, China bersetujumelanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 dan sebagai balasan, Malaysia melanjutkan pengecualian visa sehingga akhir 2026.

“Kedua-dua pemimpin (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang) mengalu-alukan minat yang mendalam untuk meneruskan perundingan dan perbincangan berkaitan pengecualian visa bersama bagi memudahkan kemasukan rakyat Malaysia dan China,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Bersama itu turut menyatakan kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan kerjasama pendidikan ke tahap baharu, mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan vokasional, penyelidikan saintifik bersama dan pendidikan digital.

Ia termasuk bagi mengiktiraf institusi pendidikan tinggi untuk bersama-sama menubuhkan institut pengajian lanjutan, meningkatkan interaksi antara badan pemikir dan institusi pendidikan tinggi, memupuk lawatan bersama antara guru serta pelajar, dan meningkatkan pertukaran budaya serta pembelajaran bersama.

“Kedua-dua pihak mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dalam bidang media, berita dan penerbitan, filem dan penyiaran bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat terutamanya generasi muda,” katanya. 


Malaysia dan China juga bersetuju bekerjasama dalam pencalonan multinasional bagi memasukkan unsur tarian singa pada Senarai Wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi Warisan Budaya Tak Ketara (ICH) Kemanusiaan, memandangkan kedua-dua pihak meraikan tarian singa sebagai satu bentuk perkongsian sejarah dan bersama-sama mempromosikan pemeliharaan warisan bersama.

Kenyataan itu juga berkata kedua-dua negara turut mengesahkan untuk melaksanakan pusingan baharu penyelidikan bersama mengenai perlindungan panda bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan mengukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik. 
Li berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
– Bernama

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU