ARTIKEL

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa, di Wisma Tani, Putrajaya.

Menurut kenyatan KPK, pertemuan pertama kedua-dua pemimpin ini membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.

“Selain menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan, kedua-dua negara mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian,” kata kenyataan itu.

Semasa pertemuan tersebut, Arthur turut memperkenalkan produk pertanian Malaysia berkualiti seperti nanas dan berhasrat untuk mengekport buah-buahan tropika tempatan kepada pasaran Kanada.

Beliau turut mempelawa Kanada menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancaongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September 2024 dalam acara dwitahunan itu.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Datuk Azah Hanim Ahmad dan Ketua Pengarah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr Akma Ngah Hamid.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar