ARTIKEL

M’sia minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 bagi menzahirkan keazaman dalam mempromosikan industri pelayaran sebagai pemangkin ekonomi yang berpotensi untuk negara, menurut  Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia pertama menghadiri persidangan tahunan Seatrade Cruise Global 2024 di Miami, Florida, memaklumkan hasrat berkenaan selepas menghadiri persidangan empat hari itu bermula 8 April lepas.

“Menteri Pengangkutan (Loke) telah menyampaikan kesungguhan Malaysia untuk menjadi destinasi pelayaran utama melalui delegasi ke Seatrade Cruise Global 2024,” menurut MOT dalam satu kenyataan hari ini.

Seatrade Cruise Global merupakan persidangan tahunan yang mengumpulkan pakar industri daripada 80 syarikat pelayaran dari 120 negara.

Menurut MOT, Loke turut mempelawa pengendali kapal pelayaran yang menghadiri persidangan itu untuk memanfaatkan infrastruktur pelabuhan pelayaran di Malaysia antaranya Langkawi Cruise Terminal, Swettenham Pier Cruise Terminal di Pulau Pinang, Port Klang Cruise Terminal, Melaka International Cruise Terminal serta beberapa pelabuhan di Sabah dan Sarawak di sepanjang pesisiran Laut China Selatan.

Kementerian itu memaklumkan industri pelayaran dapat membantu pembangunan rantaian bekalan hijau di Malaysia, termasuk shore power dan green bunkering atau penyediaan bahan api lestari selaras dengan sasaran pelepasan sifar bersih di bawah Strategi Pertubuhan Maritim Antarabangsa mengenai Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Kapal.

MOT turut memaklumkan kementerian itu bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi homeport yang terpilih di rantau Asia-Pasifik.

Menurut MOT, kerjasama itu diwujudkan mengambil contoh permintaan untuk pelancongan pelayaran yang tumbuh dengan pesat di China dan sedang berkembang di India. 

“Kepelbagaian budaya Malaysia dan rantau Asean sememangnya boleh menawarkan pengalaman bercuti yang menarik kepada pelancong China dan India,” menurut MOT.

Kementerian itu optimis bahawa kepesatan pelancongan pelayaran dapat memberi kesan kepada limpahan ekonomi bagi peruncitan, makanan, minuman serta perhotelan di negara ini.
–Bernama

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan