ARTIKEL

M’sia raih komitmen pelaburan RM170 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi bernilai RM170 bilion dari China.

Jumlah itu, yang terbesar setakat ini dari China, adalah daripada sejumlah 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara perniagaan di China dengan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap negara ini.

“Kita mencapai komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China.

Saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberikan kerjasama mereka dan keyakinan terhadap kita.

“Ini adalah acara bersejarah.

Ia baik untuk Malaysia dan masa depan,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada Forum Perniagaan MalaysiaChina, yang dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin perniagaan dari keduadua negara, di sini semalam.

Perdana Menteri kini pada hari terakhir dalam lawatan tiga hari ke sini untuk meningkatkan hubungan politik dan perdagangan dua hala yang strategik dengan China.

Terdahulu, dalam ucaptama pada forum itu, Anwar menggesa pelabur dan pemimpin perniagaan China untuk memanfaatkan hubungan dua hala yang kukuh dan merebut peluang luas ditawarkan oleh kerajaan semasa untuk melabur di Malaysia.

“Saya memberi jaminan bahawa di bawah pengawasan saya, kami akan memastikan kemudahan menjalankan perniagaan dan melaksanakan pelaburan di Malaysia akan berada pada tahap optimum.

“Oleh itu, bina lebih banyak kerjasama dengan syarikat Malaysia, terutamanya dalam sektor strategik untuk memacu hubungan yang lebih baik,” katanya.

China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$110.6 bilion (RM488 bilion) pada 2022.

Dari segi pelaburan, China merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia pada tahun lepas, dengan pelaburan berjumlah AS$12.5 bilion (RM55.16 bilion).

Menurut statistik daripada Kementerian Luar Negeri, jumlah eksport ke China meningkat 9.4 peratus kepada RM210.62 bilion (AS$47.84 bilion) pada 2022 manakala import dari China berjumlah RM276.50 bilion (AS$62.78 bilion) pada tahun yang sama, peningkatan 20.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan diperkukuhkan lagi dengan kehadiran syarikat terkemuka China seperti Risen Energy, Huawei, Longi Solar, Bytedance, Jinko Solar, EVE Energy, Alliance Steel, Alibaba Group, Geely Auto Group dan Xiamen University.

“Menjadi harapan saya agar syarikat-syarikat ini yang melabur di kawasan strategik akan terus mengembangkan operasi mereka dan mencipta pekerjaan dengan bayaran gaji yang tinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU