ARTIKEL

M’sia turut kecewa AS guna veto halang Palestin jadi anggota penuh PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kebimbangan dan kecewa selepas veto digunakan untuk menghalang Majlis Keselamatan PBB daripada menerima Palestin menjadi anggota penuh PBB pada 18 April.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat, veto digunakan walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar negara anggota PBB. 
Wisma Putra berkata, penggunaan veto dalam perkara penting ini menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli Majlis Keselamatan PBB untuk merealisasikan hak rakyat Palestin. 

Ia berkata ini  termasuk hak menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967. 

AS pada Khamis memveto  satu resolusi di Majlis Keselamatan PBB yang kebanyakannya disokong oleh negara anggota lain untuk memberi laluan kepada Palestin bagi mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB. 

Dua belas negara mengundi menyokong resolusi itu  dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York pada Khamis, sementara United Kingdom dan Switzerland berkecuali. 

Palestin merupakan pemerhati tetap di PBB sejak 2012.

Wisma Putra berkata, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di PBB.

“’Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya. 

Bernama

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA