ARTIKEL

JEMPOL, 4 Mei -- Peneroka Felda Hakim Ismail, 39, memikul buah kelapa sawit di ladang sawit mereka di Felda Palong 5 hari ini. Kehidupan peneroka Felda kini jauh lebih baik berbanding sebelumnya melalui pelbagai inisiatif dan insentif yang diberikan kerajaan dalam memastikan ekonomi dan kesejahteraan kehidupan mereka terpelihara. Melalui manifesto Barisan Nasional baru-baru ini peneroka Felda antara golongan yang akan menerima manfaat iaitu insentif khas RM5,000 bagi setiap peneroka Felda selain pewujudan geran khas bagi tujuan penanaman semula. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MSPO mampu penuhi permintaan Kesatuan Eropah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menilai keupayaan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Seramai tiga orang pakar membentangkan penilaian mereka berkaitan nilai MSPO, termasuk peranan pematuhannya untuk EUDR pada Webinar MPOC 3.0 baru-baru ini yang dihadiri lebih 500 peserta dari Malaysia, Eropah dan global.

Menurut MPOC, dalam webinar itu, pakar teknikal Institut Hutan Eropah Dr Josil Murray membentangkan analisis perbezaan antara MSPO dengan EUDR dan menggariskan aspek yang menunjukkan MSPO merupakan pensijilan yang berjaya.

“Aspek untuk penyelarasan selanjutnya turut dikenal pasti, termasuk mengurangkan jurang maklumat berkaitan penebangan hutan, pengesahan dari segi undang-undang, geolokasi dan kebolehkesanan dalam pengeluaran minyak sawit,” kata MPOC dalam satu kenyataan.

Pakar pensijilan antarabangsa dan juruaudit untuk minyak sawit dan getah Pierre Bois d’Enghien berkata MSPO harus diiktiraf oleh EU sebagai instrumen pematuhan, susulan ia merupakan piawaian yang baik dan memenuhi semua keperluan kemampanan dan keperluan undang-undang EUDR.

D’Enghien turut menyatakan pematuhan kepada EUDR hanya akan dicapai jika Suruhanjaya EU bersedia untuk bekerjasama dengan negara di dunia membangun.

Oleh itu, beliau berkata usaha ini harus bermula dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada usaha positif rakan dagangan, termasuk standard pensijilan MSPO di Malaysia.

Malaysia, kata D’Enghien berada pada kedudukan yang baik disebabkan mempunyai pensijilan MSPO. Pengurus Perkhidmatan Pensijilan dan Operasi MSPO, Tan Chee Yong berkata MSPO berkembang sejak diperkenalkan pada 2013 dan menyerlahkan keperluan kemampanan utama baharu yang terdapat dalam Piawaian MSPO 2022 yang disemak semula.

Beliau juga menyatakan potensi penyelesaian industri minyak sawit Malaysia untuk memenuhi keperluan EUDR, seperti menaik taraf platform jejak MSPO dan menyelaras definisi berkaitan perhutanan MSPO dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau EUDR

. Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Belvinder Kaur Sron berkata MSPO ialah piawaian pensijilan bertaraf dunia dan berharga bagi pengeksport berikutan ia satu usaha mereka dalam mematuhi EUDR.

Beliau berkata perbincangan dengan kedua-dua pakar Eropah dan Malaysia mencapai kesimpulan yang sama iaitu MSPO adalah piawaian pensijilan bertaraf dunia dan bernilai untuk pengeksport kerana mereka berusaha untuk mematuhi EUDR.

“Di sesetengah aspek, seperti tarikh tamat penebangan hutan, MSPO adalah lebih ketat berbanding EUDR

. “Kerjasama perlu ditingkatkan antara EU dengan komuniti minyak sawit Malaysia, untuk mengenal pasti MSPO dapat diterima dan diiktiraf oleh EU,” kata Belvinder. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU