ARTIKEL

MTA peroleh satu pingat emas, enam perak dan lapan gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kelab Taekwondo Sebauh (MTA) memperoleh satu pingat emas, enam pingat perak dan lapan pingat gangsa dalam Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak kali kelima Tahun 2022.

Ia menerusi program anjuran Persatuan MTA yang berlangsung di gelanggang SMP Catholic High Sibu, baru-baru ini.

Pelajar SMK Sebauh mewakili MTA merakamkan gambar semasa Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak kali kelima Tahun 2022.

Pingat emas disumbangkan menerusi penyertaan pelajar SK Sebauh, seterusnya turut menyumbang satu pingat perak dan empat pingat gangsa.

Lima lagi pingat perak dan empat pingat gangsa diperoleh menerusi penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh.

Pelajar SK Sebauh yang membawa cabaran MTA pada Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak kali kelima Tahun 2022.

Sementara, pengerusi MTA Bonniface Unting berbangga dengan pencapaian para pelajar Daerah Sebauh di bawah bimbingan jurulatih, Ronnie Steve.

Beliau berkata, MTA akan menghantar lebih ramai lagi peserta pada tahun hadapan dengan harapan dapat beraksi dengan lebih cemerlang.

BERITA LAIN

Atlet Pahang sudah fokus untuk SUKMA di Sarawak

KUANTAN: Atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak bulan depan sudah mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini,

Harimau Malaya duduki anak tangga ke-134 dunia

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Mengikut laman web

BERITA TERBARU