ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Abdul Karim merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu dan para peserta.

MTCP sedia salur dana penganjuran Festival Koir Sarawak tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) akan terus memberikan sokongan termasuk dari segi dana untuk penganjuran Festival Koir Sarawak tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara tersebut susulan sambutan yang amat menggalakkan pada penganjuran festival itu buat julung kalinya di sini dari 21 hingga 23 Jun.

Katanya, beliau menghargai usaha keras jawatankuasa penganjur dalam menjayakan festival tersebut sekali gus berharap agar ia bukan untuk kali pertama dan terakhir.

BERUCAP… Abdul Karim ketika berucap pada Majlis Penutupan Festival Koir Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini, hari ini.

“Anda boleh menganjurkan acara ini lebih besar tahun hadapan. Insya-Allah kami akan memberikan sokongan dana,” katanya.

Untuk rekod, Festival Koir Sarawak anjuran Persatuan Paduan Suara Kuching dengan kolaborasi Young Choral Academy Kuala Lumpur itu juga menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk “Choir Masterclass”; bengkel; pertandingan; dan konsert persahabatan.

Antara juri antarabangsa yang menilai persembahan koir ialah Profesor Vladimir Opačić dari Akademi Seni, Universiti Novi Sad, selain pengasas dan pengarah artistik Studio Cantorum Bandung Choir, Bandung Choral Society dan Bali International Choir Festival, Tommyanto Kandisaputra.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan