ARTIKEL

Muda bantah pengampunan Najib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) meminta Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan terhadap mantan perdana menteri Najib Razak.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda dalam kenyataan pada Ahad berkata, parti itu menentang usaha pengampunan Najib.

Jawatankuasa itu menyifatkan Najib baru sahaja menjalankan hukuman dan tidak mahu wujudnya mesej bahawa mana-mana individu berpengaruh, mempunyai hubungan kuasa tidak perlu gusar dengan undang-undang.

Najib yang disabit bersalah atas tuduhan pecah amanah jenayah, penggubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International, menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Jawatankuasa itu turut menegaskan pihaknya

tidak bercadang memohon maaf atas pendirian tersebut.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier