Trending

Mudah dapat maklumat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTANGOR: Pembukaan kaunter Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di pasar tamu di sini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelanggan tetapi juga memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan.

Dibuka sejak Khamis lalu, kaunter berkenaan mendapat sambutan menggalakkan masyarakat sekitar Meradong.

Dalam pada itu, ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang sempat melakukan tinjauan berkata, inisiatif pembukaan kaunter tersebut wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

“Penduduk boleh mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa Disember 2022 dan diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah.

“Saya berpendapat usaha yang baik ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Menurut Kuong Hiing, SKSSR bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

“Satu pengiktirafan kepada suri rumah berikutan pembabitan mereka dalam ekonomi teras serta pembangunan institusi keluarga.

“Pelaksanaan SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) itu menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus bagi wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah,” katanya.

Tambah beliau, suri rumah yang tidak sempat atau tidak berpeluang membuat permohonan SKSSR boleh terus ke Pejabat Perkeso Bahagian Sarikei atau melayari laman rasmi SKSSR.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru