Mudah untuk dilaksana…JKT

PENGEMPUR berpengalaman Kuching City FC, Joseph Kallang Tie memberitahu, tiada masalah untuk beliau dan rakan-rakan kembali melaksana sesi latihan secara sendirian di rumah.
Menurut Joseph, pada tahun lepas rutin yang sama pernah dilakukan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagi kami ia perkara biasa kerana tahun lepas saya dan rakan-rakan pernah melalui situasi sama,” ujar Joseph ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.
Tegasnya, cuma apa yang dipraktikan agak terbatas kerana berlatih di rumah ruangnya agak terhad.
Berbanding menjalani latihan di padang yang memperlihatkan kebebasan untuk berlari dan sebagainya.

Suara Sarawak