Mudahkan urusan rakyat

LIMBANG: Pencapaian KIK Lands Tahai Q’ Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Limbang dalam menyampaikan perhidmatan kepada masyarakat amat membanggakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pencapaian yang ditunjukkan JTS sekali gus menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan penyampaian kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau bangga dengan pencapaian itu hingga memenangi Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak tiga tahun berturut-turut iaitu 2018, 2019 dan 2020.

“Saya amat bangga dengan pencapaian Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JTS Limbang kerana setiap kali mengadakan Hari Inovasi dan Kreativiti pasukan ini sering menyumbang sesuatu untuk meningkatkan lagi secara keseluruhannya sistem penyampaian perkhidmatan JTS kepada masyarakat.

“Pelbagai ciptaan telah dihasilkan melalui inovasi jabatan ini bukan sahaja untuk penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tetapi juga peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja penyukatan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis makan tengah hari bersamasama beliau. Awang Tengah berkata, paling utama semangat kerjasama dan berpasukan harus menjadi budaya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita.

“Pencapaian Jabatan Tanah dan Survei dalam KIK antara yang jauh ke hadapan berbanding agensi lain. “Saya berharap ia dapat

Suara Sarawak