ARTIKEL

Karikatur: Ukee

Mudahkan urusan waris

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Ia susulan kebenaran selepas pilihan ini dibuka kepada ahli pada 12 Mei lalu.

Ia melihatkan keperluan mendesak pencarum mengeluarkan sebahagian simpanan untuk kegunaan kecemasan.

Urusan dilihat sangat mudah memandangkan ia boleh diurus pencarum itu sendiri secara dalam talian, dengan syarat mendaftar KWSP i-Akaun.

Bayangkan situasi anda meninggal dunia, adakah urusan pengeluaran wang simpanan oleh waris juga akan mudah?

Di laman sesawang rasmi KWSP, antara bahagian yang paling menarik perhatian ialah peringatan untuk pencarum meletakkan “Penamaan KWSP”.

MENGAPA PENAMAAN KWSP PENTING?

Mungkin ramai yang tidak memandang serius isu ini disebabkan kurang pendedahan atau terlalu sibuk bekerja.

Wang simpanan anda perlu disalurkan kepada waris seperti ahli keluarga atau orang tersayang.

Di sinilah penamaan KWSP memainkan peranan penting untuk memastikan duit simpanan anda disalurkan kepada penerima yang layak.

Ia membolehkan anda menentukan individu yang akan mewarisi simpanan anda apabila anda meninggal dunia.

Menurut kenyataan KWSP, sekiranya anda tidak membuat penamaan, waris anda masih boleh menuntut simpanan di pejabat KWSP sebelum anda mencapai usia 100 tahun (jika waris masih hidup), melalui proses tuntutan yang sesuai mengikut prosedur KWSP.

Namun, waris mungkin perlu melalui proses yang panjang dan rumit untuk mengemukakan dokumen tambahan bagi mendapatkan simpanan tersebut.

Dalam situasi lain, setelah anda mencapai usia 100 tahun, simpanan tersebut akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan proses tuntutan oleh waris adalah tertakluk kepada Seksyen 13, Akta Wang Tak Dituntut (1965).

Justeru, menamakan waris yang relevan sebagai penama penting dalam perancangan kewangan.

Langkah mudah ini bukan sahaja memastikan aliran simpanan anda selepas meninggal dunia, tetapi juga memberi ketenangan fi kiran kepada anda dan keluarga, mengetahui bahawa urusan kewangan anda diurus dengan teliti.

Penamaan KWSP bertindak sebagai jaringan keselamatan kewangan untuk tanggungan anda.

Tanpa penamaan yang sah, proses pengagihan dana KWSP boleh menjadi rumit dan memakan masa.

Penamaan yang jelas dan terkini dapat memastikan dana diagihkan secara efi sien, memudahkan urusan ahli keluarga anda pada saat mereka sangat memerlukannya.

BOLEH DIKEMAS KINI

Kemas kini penamaan secara berkala dapat memastikan faedah KWSP sejajar dengan struktur keluarga dan pilihan semasa anda.

Penamaan KWSP adalah cara proaktif untuk menunjukkan komitmen kesejahteraan keluarga anda, meyakinkan bahawa mereka dilindungi walaupun ketika anda sudah tiada.

Bahagian soal dan jawab laman KWSP menjelaskan, penamaan bagi ahli beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi (pentadbir).

Peranan mereka adalah untuk mengurus dan mengagihkan simpanan ahli KWSP mengikut UndangUndang Islam kepada waris yang berhak selepas kematian ahli.

Sebagai pilihan alternatif, ahli beragama Islam juga boleh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai pentadbir untuk keseluruhan simpanan.

Sementara itu, bagi ahli bukan Islam, penama yang dinamakan merupakan benefi siari iaitu orang yang berhak mewariskan simpanan apabila ahli meninggal dunia.

Ahli bukan Islam juga boleh menamakan ARB sebagai pentadbir untuk keseluruhan simpanan.

Jika waris ahli berusia bawah 18 tahun, ARB bertindak sebagai “pemegang amanah” sehingga waris mencapai umur tertentu untuk menerima harta tersebut.

BERITA LAIN

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

Pengaruh Kitaro

TAHUN ini merupakan tahun ketiga saya terlibat dalam liputan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV). Dari segi

Mukah perlu stadium baharu

INFRASTRUKTUR stadium memainkan peranan penting sebagai lokasi bersenam dan beriadah serta penganjuran pertandingan sukan di sesebuah kawasan. Walaupun Mukah mempunyai sebuah stadium, namun bahagian ini

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya