KUCHING: Peminat tegar Chelsea, Abdul Muhtalip Tegak teruja apabila berpeluang menyaksikan secara dekat kelibat bintang handalan dari kelab Liga Perdana Inggeris itu beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail, malam tadi.
Abdul Muhtalip menyifatkan kesempatan diperoleh dirinya itu bagaikan kenangan terindah sepanjang hayat.
“Memang begitu teruja apabila berpeluang menyaksikan kelibat pemain Chelsea beraksi.
“Walaupun hanya perlawanan persahabatan, sekurang-kurangnya saya dapat merasai aura sebenar perlawanan seperti itu,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Muhtalip, selama ini beliau hanya menyaksikan kelibat pemain Chelsea di televisyen.
“Saya bersama-sama rakan terbang ke Johor pada Sabtu lepas semata-mata mahu menyaksikan perlawanan pramusim kedua-dua pasukan terbabit,” tambah Muhtalip.
Aksi kedua-dua pasukan terbabit yang berkesudahan seri dengan jaringan 3-3.






