Trending

Muhyiddin harap Azmin dapat bantu jadikan Selangor milik PN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel


Menjadi kewajipan Azmin memberikan Selangor kepada kita,” itu harapan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PN, Shah Alam pada petang Sabtu.

Meski sebelum ini, Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, dia tidak bertanding pada PRN kerana ingin berehat.

Muhyiddin berharap Azmin dapat membawa kemenangan kepada gabungan PN pada PRN kali ini.

Azmin pernah menjadi menteri besar Selangor semasa beliau bersama-sama PH pada 2014-2018.

Kalah kerusi Parlimen Gombak pada PRU-15, Azmin
masih Adun Bukit Antarabangsa.

Di pentas yang sama, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Pemuda PAS, turut berharap Azmin dapat melakukan tugas tersebut.

(https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/669052)

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru