Muhyiddin jamin tuntutan S’wak dipertimbang dengan adil, saksama

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan semua tuntutan Sarawak akan dipertimbangkan secara adil dan saksama selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya komitmen itu jelas menerusi penubuhan tiga Jawatankuasa Kerja baharu di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) iaitu Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak dan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.

“Saya menaruh harapan yang tinggi agar isu-isu yang berbangkit akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dengan itu hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak akan kekal kukuh dan bertambah akrab demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Negeri yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) baru di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama timbalan-timbalan ketua menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 02 Apr 2021

Suara Sarawak