ARTIKEL

Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park @ Pantai Dalam semalam. | BERNAMA

Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah — Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara termasuk isu politik.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata ini kerana Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri, untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jangan cakap mengenai Kuala Kubu Baharu atau PRK (Pilihan Raya Kecil).

“Bawa pulang menantu anda dulu, kemudian baru anda berada di kedudukan yang lebih baik untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja, kerana dia (menantu Muhyiddin) sedang melarikan diri daripada undang-undang.

“Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Muhyiddin) seharusnya menjadi contoh yang baik untuk mengarahkan menantu beliau balik ke Malaysia dan berdepan dengan siasatan yang telah dimulakan.

“Jika gagal lakukan perkara asas ini, maka saya rasa beliau tiada ‘moral standing’ untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja,” kata Fahmi ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park @ Pantai Dalam di sini malam tadi.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan Muhyiddin sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan ekoran kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) meninggal dunia pada 21 Mac lepas, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian berlangsung pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas, mendiang Lee berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dengan mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (MUDA), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)