ARTIKEL

Muka surat satu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»PUJANGGA pernah berkata, hidup ialah perjalanan dan setiap tahun ia adalah langkah baharu.

Justeru, jadikan waktu sebagai guru terbaik.

Ambil pelajaran dari masa lalu untuk meraih masa depan yang lebih baik dan bermakna.

Tahun 2023 lengkap dengan perjalanaan 365 hari — setiap kita melaluinya dengan laluan berbeza. Itulah sejarah yang tidak harus dikesali sama ada lebih banyak gembira atau sebaliknya

. Pahat sebagai memori kerana hari ini (1 Januari) masih ada dan bermulanya muka surat pertama 2024.

Ayuh bersama-sama kita coret dengan permulaan yang baik.

Fokus untuk menggapai azam baharu.

APA AZAM BAHARU?

Tepuk dada tanya selera.

Azam bukan tentang orang ain, sebaliknya tentang kita sendiri.

Tentang pencapaian diri sama ada dari sudut kerjaya, keluarga dan sebagainya.

Sebab itu tahun baharu dikatakan penanda aras pencapaian.

Secara dasarnya kita sepatutnya menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.

Hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam.

Jika tidak, kita menjadi insan yang rugi masa dan usia yang tidak bertambah muda.

Apa maknanya berazam jika hanya diucap di mulut?

Senang mengucapkan azam, tetapi tanpa benar-benar berusaha mencapainya.

Akhir tahun, hasilnya tetap sama — ibarat berangan-angan itu percuma.

Bersempena hari pertama 2024 ini, kita seharusnya menunjukkan keinginan untuk berubah dari banyak segi. Kita perlu berubah sikap ke arah positif dan optimis meninggalkan sikap negatif demi pembangunan diri.

Keazaman bersifat ikhlas dan bertujuan baik sebenarnya diberi ganjaran kebajikan kerana memasang niat yang baik.

Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kesalahan kemudian menjelaskannya.

Barangsiapa berniat melakukan kebaikan, namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menulisnya sebagai satu kebaikan sempurna di sisi-Nya.

Jikad dia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai 10 kebaikan hingga 700 kali lipat sampai kelipatan yang banyak.

Barangsiapa berniat berbuat buruk, namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna.

Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

MENGGAPAI SASARAN

Justeru, apakah azam tahun baharu anda?

Pastikan azam yang hendak dicapai adalah realistik atau sesuai keupayaan diri.

Jangan serupa peribahasa asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.

Kedua, pastikan azam yang kita sasarkan spesifik atau berfokus.

Perlu difikirkan aspek yang perlu diperbaiki. Buat perkara lebih penting terlebih dahulu.

Maknanya apabila kita tahu sasaran azam, kita dapat menumpukan azam tersebut dan berusaha menepatinya.

Ketiga, kongsikan azam baharu dengan orang terdekat.

Misalnya beritahu kepada pasangan atau sahabat baik.

Sekurang-kurangnya apabila mereka tahu, mungkin boleh menjadi penyokong mengingatkan kita tentang objektif yang ingin dicapai.

Sokongan daripada orang terdekat sangat diperlukan untuk memberi maklum balas positif.

Keempat, jangan takut berikan ganjaran kepada diri sendiri.

Kesannya, kita boleh berusaha dengan lebih keras untuk capai azam lain.

Jadikan ia sebagai motivasi diri. Kelima, buat garis masa anda. Apabila hendak dilakukan atau dicapai.

Maknanya ada rujukan masa sama ada setiap minggu atau bulan supaya kita nampak carta kemajuan tersebut.

Ia turut memberi peluang untuk kita buat semakan tahap kemajuan dan pada masa yang sama kita boleh buat perancangan untuk masa hadapan.

Justeru, apa-apa pun sasaran tahun ini, ia mesti diikuti dengan doa, usaha, istiqamah dan tawakal.

Tidak semua yang ingin kita capai melalui jalan lurus, kadang-kadang penuh halangan.

Maka, jangan berputus asa. Semoga Allah memudahkan urusan kita untuk mencapai azam yang ditetapkan.

LAIN-LAIN BERITA

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

BERITA TERBARU