ARTIKEL

Mukah perlu stadium baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

INFRASTRUKTUR stadium memainkan peranan penting sebagai lokasi bersenam dan beriadah serta penganjuran pertandingan sukan di sesebuah kawasan.

Walaupun Mukah mempunyai sebuah stadium, namun bahagian ini masih memerlukan sebuah stadium tertutup baharu bagi merancakkan lagi penganjuran aktiviti oleh masyarakat di sini.

Selain itu, dengan adanya stadium tertutup baharu, ia dapat membantu usaha memacu pembangunan sukan di Mukah ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine, stadium baharu itu kelak akan memberi kemudahan kepada masyarakat yang ada di sekitar Mukah.

“Bukan itu sahaja, ia merancakkan pembangunan sukan dalam kalangan generasi muda pada masa akan datang.

“Dalam masa 10 tahun yang lalu, kelab dan persatuan di Mukah sangat aktif dalam menganjurkan dan mengadakan aktiviti sukan.

“Ini menunjukkan Mukah memerlukan stadium tertutup baharu untuk membantu dalam pembangunan aktiviti di sini,” katanya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, prasarana sukan yang lebih baik dan selesa, dapat digunakan untuk sukan seperti hoki dan futsal serta aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Menyentuh sukan hoki, Mukah tidak memiliki padang khas untuk sukan berkenaan, tetapi sejak kebelakangan ini, skuad hoki di Mukah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan hoki.

Ia terutamanya diadakan di peringkat negeri iaitu pertandingan melibatkan remaja berumur bawah 18, 15 dan 12 tahun.

Kejayaan ini membuktikan Mukah memerlukan stadium tertutup baharu untuk membantu kecemerlangan pasukan hoki tersebut.

Di samping itu, dengan adanya stadium tertutup ini juga, atlet hoki di Mukah dapat menjalani latihan dengan lebih intensif bagi melahirkan pemain hoki berkaliber.

Pada masa sama, membantu generasi muda daripada mengelakkan diri daripada terjerumus dalam aktiviti tidak sihat seperti judi dalam talian, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Melihat kepada semua faktor positif dan kejayaan ini, Royston memberitahu, pihaknya mempunyai perancangan dan pelan utama untuk pembinaan stadium baharu itu kelak sekali gus dilengkapi dengan kolam renang.

Beliau juga menyuarakan perkara ini dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi lalu dan terus membawa perkara ini pada sidang DUN akan datang.

Katanya, ia demi pembangunan sukan di Mukah dan membantu mencungkil bakat baharu dalam kalangan masyarakat di sini.

Oleh itu, kesungguhan dan kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi membantu merealisasikan pembinaan stadium baharu ini kelak.

BERITA LAIN

Seimbangkan HIDUP, KERJAYA

KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan berkaitan kepentingan mencapai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia merupakan isu hangat disebabkan peredaran masa yang banyak mengubah cara kita

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

BERITA TERBARU

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo