ARTIKEL

Mukah tuan rumah Hari Kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARU-BARU ini, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Ke-sejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah mengumumkan Mukah dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2023.

Sambutan kali ini berkonsepkan keterangkuman dan bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Semestinya, pelbagai acara menarik yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsasaan kelak melibatkan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai acara tersebut.

Perkara ini tentu membawa khabar gembira kepada peniaga kerana ia dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan adanya pengunjung dari luar Mukah yang datang.

PROMOSI PRODUK TEMPATAN

Bagi peniaga yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas, inilah peluang dan ruang terbaik terutamanya produk tempatan seperti keropok ikan, ikan kering, kuih kering dan sebagainya kepada orang luar.

Selain itu, bagi mereka yang berkunjung ke Mukah boleh mencuba makanan yang ada di sini seperti umai, sagu, tebaloi dan makanan tradisional lain.

Bagi penggemar makan eksotik, mereka juga boleh merasai sendiri ulat mulong atau lebih dikenali sebagai siet oleh masyarakat di sini.

Baca lain  Ekonomi dan rakyat

Seperti Pesta Kaul Mukah 2023, terdapat peniaga yang menjual siet panggang dan jualannya laris kerana ramai yang ingin mencuba merasainya.

Selain makanan, pengunjung juga berpeluang untuk bermain permainan tradisional seperti tibou.

Bukan itu sahaja, ramai yang mula membuat persediaan untuk menerima pengunjung luar Mukah terutama mereka yang mempunyai rumah inap.

Ini kerana, hotel tidak mampu menampung bilangan pengunjung yang terlalu ramai dan ia terbukti apabila Mukah pernah menjadi tuan rumah untuk Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak pada 2018.

Dijangka, lebih ramai pengunjung yang datang pada Hari Kebangsaan nanti sekali gus menggalakkan lebih banyak permintaan ke atas perkhidmatan rumah inap.

Dalam kesempatan ini, pengunjung boleh meluangkan masa untuk melawat tempat sejarah di Mukah seperti Muzium Mini Sapan Puloh, Lamin Dana dan Jerunei.

Filem Jerunei ditayangkan pada 27 Julai ini membuatkan ramai yang tidak sabar menontonnya terutama kaum Melanau itu sendiri.

Walaupun jerunei ada di Mukah, namun saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui kisahnya dengan lebih mendalam terutama golongan muda.

Baca lain  Tidur Lena petua awet muda

SEJARAH

Jadi, dengan adanya fi lem ini kelak, tentu ia menarik perhatian golongan muda untuk mengetahui sejarah jerunei dengan lebih mendalam sama ada penduduk Mukah dan juga orang luar.

Diharapkan dengan penglibatan Mukah sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini mampu menggalakkan pembangunan di kawasan sekitar sekali gus menarik lebih banyak aktiviti yang mampu menarik pengunjung dari luar.

Jika melihat pada pameran digital yang diadakan semasa Konvoi Kembara Bahagian Mukah lalu, kerajaan Sarawak sentiasa memastikan pembangunan di setiap bahagian di Sarawak.

Ini tentunya memberi peluang kepada daerah lain untuk menjadi tuan rumah pada acara yang akan datang.

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,