KUCHING: Ahli perniagaan terkemuka, Muliadi Awang Matsri, 41, dilantik sebagai pengurus baharu pasukan Sarawak United FC (SU FC).
Pengerusi SU FC, Datuk Posa Majais memberitahu, pelantikan tersebut adalah berkuat kuasa serta-merta.
“Muliadi menggantikan tempat Mohd. Saif Jubaidi, pengurus sebelumnya yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut atas kekangan komitmen lain, ” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Menurut Posa, pihak pengurusan SU FC telah menawarkan jawatan tersebut kepada Muliadi dan beliau tiada masalah untuk menerimanya.
Sementara itu, Muliadi mengucap terima kasih kepada pihak pengurusan SU FC atas kepercayaan diberikan kepadanya.
“Saya berharap kemasukan dalam pasukan ini akan menjadi cetusan semangat kepada pemain untuk terus fokus dalam menghadapi setiap perlawanan,” tegas Muliadi.
ENDS/….