ARTIKEL

Murid disaran kuasai 3M sungguh-sungguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Guru Besar Sekolah Nanga Sikat Mukah, Ibrahim Abang Mahamud mengajak semua guru, ibu bapa dan masyarakat di Nanga Sikat berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pelajar mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.

Beliau berkata, setiap pelajar perlu lebih aktif di dalam kelas terutama melibatkan pelajar tahun satu.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah melaksanakan langkah tertentu untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran 3M.

“Kemahiran 3M adalah aspek yang diberikan di dalam pendidikan murid tahap satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Nanga Sikat di sini, baru-baru ini.

Mengenai pentaksiran bilik darjah (PBD) katanya, ia dilaksanakan bagi mengumpul data perkembangan pembelajaran murid yang direkodkan dari semasa ke semasa.

“KPM yakin langkah strategik dilaksanakan dapat memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Program Transisi Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Nanga Sikat, Habib Saiful Sebastian Kadir berkata, ia dilaksanakan selama empat minggu bermula 11 Mac hingga 5 April.

“Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan berpandukan modul transisi yang dirancang rapi penyelaras program,” jelasnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)