ARTIKEL

Murid prasekolah maut dilanggar van sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu berlaku pada 11.35 pagi.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu van wanita berusia 50 tahun menurunkan kanak-kanak itu dan abangnya yang berusia enam tahun di hadapan rumah mereka.

“Pemandu van itu meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa (berjalan) melepasi belakang van dan beranggapan mangsa turut mengikuti abangnya.

“Pemandu itu telah terlanggar mangsa yang lalu di hadapan van tanpa disedari. Pemandu itu kemudian turun melihat keadaan mangsa dan memaklumkan kepada ibu mangsa dengan segera,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kanak-kanak itu yang cedera parah dibawa ke Klinik Kesihatan Masai oleh ibunya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mohd Sohaimi berkata pemandu berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.– BERNAMA

BERITA LAIN

Pempengaruh bayar ganti rugi RM13,000

KUCHING: Pempengaruh media sosial, Ngek Tsai menyeru Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Seri Tiong King Sing untuk meneliti prosedur sistem perniagaan yang dijalankan

Rumah kosong di Jalan Piasau Camp terbakar

LUTONG: Pihak balai bomba Lutong menerima laporan rumah kosong terbakar di Bekas Kuartes Shell Jalan Piasau Camp pada pukul 9.24 pagi ini. Pasukan bomba terus

BERITA TERBARU