ARTIKEL

MURTABAK BOOM laris terjual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Martabak merupakan menu yang tidak asing lagi buat pengunjung di mana-mana bazar Ramadan.

Inti martabak biasanya menggunakan ayam ataupun daging kemudian dicampurkan dengan bawang dan telur.

Umumnya martabak berbentuk segi empat serta dimakan dengan kuah dal.

Namun berbeza dengan Murtabak Boom di Bazar Ramadan Semarak, martabak ini berbentuk bulat dan dimakan dengan jeruk bawang.

Pemiliknya, Muhd Azri Rafiq Khamis, 24, berkata keunikan martabak yang berbentuk bulat itu menjadi identiti kepada Murtabak Boom.

“Perlu ada kemahiran khas untuk menghasilkan martabak berbentuk bulat kerana jika tersilap langkah, intinya terkeluar dan tidak terbentuk bulat,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau merupakan generasi kedua yang menjalankan perniagaan itu, meneruskan legasi ibu bapanya yang dimulakan sejak 1998.

Azri mempelajari resipi turun temurun itu pada 2014 dan meneruskan perniagaan keluarganya itu sehingga kini.

Ditanya ketika pascapandemik Covid-19, Azri bersyukur kerana Murtabak Boom semakin dikenali oleh masyarakat memandangkan sektor ekonomi kembali dibuka.

“Pascapandemik membuatkan Murtabak Boom semakin dikenali kerana kami sekeluarga aktif mempromosi martabak ini melalui Facebook.

“Selain bazar Ramadan, Murtabak Boom ini dijual berhadapan Masjid At-Taqwa, Gita dan dapat ditempah menerusi aplikasi Grab Food,” katanya.

Ramadan tahun ini agak berbeza buat Azri kerana sambutan luar biasa daripada pelanggan di Bazar Ramadan Semarak.

“Jualan Murtabak Boom di bazar ini mampu mencecah lebih RM2,000 sehari berbanding hari biasa hanya RM400 hingga RM500 sehari,” ujarnya.

Azri turut berkongsi nasihat buat golongan muda yang ingin berkecimpung dalam perniagaan makanan, agar berani berkorban masa dan mempunyai semangat kuat di kala ekonomi yang mencabar.

“Sekarang adalah fasa ekonomi mencabar, kita tidak dapat meramalkan perkara terjadi pada masa akan datang namun kita terus berusaha menggunakan segala yang ada untuk bertahan hidup.

“Perniagaan makanan seperti ini juga sering berdepan cabaran cuaca, ada satu ketika hujan berterusan memaksa saya menutup gerai lebih awal tanpa sebarang jualan,” luahnya.

Murtabak Boom mempunyai dua inti iaitu daging dan ayam dengan harga RM4 setiap satu.

Menurut Azri, martabak ini dapat ditempah melalui Facebook Zue Murtabak Boom atau menghubungi mereka di talian 013- 7596128.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan