ARTIKEL

Musim tengkujuh bukan pesta air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Penduduk Matu Daro diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menghadapi kemungkinan peningkatan paras air berikutan keadaan cuaca masih tidak menentu.
Ketua Balai dan Penyelamat Daro Mohd Noor Abdullah berkata, keadaan yang sukar diramal itu boleh mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak yang bermain air banjir.
“Sehubungan itu, saya meminta ibu bapa mengawasi pergerakan anak mereka pada musim banjir ini bagi mengelak sebarang musibah lebih buruk. Jangan jadikan musim tengkujuh sebagai pesta air.
“Sebagai persediaan, anggota Balai dan Penyelamat Daro juga sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Suara Sarawak.
Sementara itu, paras air yang menunjukkan trend menurun membolehkan jalan utama dari Daro ke Matu boleh dilalui oleh kenderaan.
Faktor cuaca cerah tanpa hujan menyebabkan paras air sungai dan laluan kampung yang terjejas di Daro semakin surut.
Bagaimanapun katanya, air masih melimpah di atas jalan kampung setinggi kira-kira 0.6 meter namun keadaan masih terkawal.
“Ketika ini, keadaan cuaca mendung namun tidak hujan dan kita berharap keadaan akan menjadi lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, langkah berjaga-jaga juga masih diambil dengan pemantauan diteruskan dari semasa ke semasa.
Bomba dan Penyelamat Daro melakukan pemantauan bermula jam 11.20 malam di kawasan Pasar Daro, Sungai Daro, Kampung Tengah Daro, Kampung Pangtray dan Jalan Utama Matu-Daro.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Saripah Tuah angkun ngangkat pesaka Bisaya

ANGKUN deka nyaga kereban asal raban bansa Bisaya, Saripah Tuah, 44 bejalaika dagang ngelakuka semua kereban tradisional Bisaya awakka enda punas disegang arus pemansang dunya