ARTIKEL

Mutang Tagal mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Negara baharu dalam pembukaan persidangan Dewan Negara, hari ini.

Mutang Tagal angkat sumpah Speaker Dewan Negara baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mutang, 69, daripada etnik Lung Bawang berasal dari Buduk Nur di Ba’ Kelalan mengangkat sumpah dalam pembukaan persidangan Dewan Negara, hari ini.

Ia sekali gus menjadikan beliau melakar sejarah sebagai anak Orang Ulu dan Dayak yang pertama menjadi Yang Dipertua Dewan Negara.

Pelantikan Mutang yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal undang-undang adalah bagi menggantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU