ARTIKEL

Muzik satukan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lebih banyak pembangunan infrastruktur akan disuntik ke bandar raya peranginan Miri dan pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek keselamatan, kecantikan dan kebersihan, demikian kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

Beliau menjelaskan transformasi Miri menjadi bandar raya kedua di Sarawak yang lengkap dengan kemudahan yang memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk di bandar minyak dan gas itu.

“Selain dikenali sebagai bandar minyak dan gas, kita bersyukur Miri mempunyai banyak kawasan pelancongan diiktiraf dunia yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persembahan Muzikal Sarawak Harmoni Pemimpin Bersama Rakyat dengan tema “Miri Transformasi Kemajuan”, malam kelmarin.

Tambahnya, Taman Negara Mulu, Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah dan Terumbu Karang Miri Sibuti menjadi pelengkap kepada pakej pelancongan di Miri.

“Tema Miri Transformasi Kemajuan amat sinonim dan bertepatan dengan sejarah bandar raya itu yang menunjukkan pembangunan pesat bukan hanya dari sudut kemudahan asas, tetapi menawarkan pakej pelancongan semula jadi,” ujarnya.

Baca lain  Neng yang sentiasa ada untuk saya...

Sehubungan itu tambah Sebastian, Miri akan terus menuju ke arah pembangunan lebih pesat pada masa akan datang.

Mengulas mengenai Persembahan Muzikal Sarawak Harmoni Pemimpin Bersama Rakyat, Sebastian Ting berharap ia mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum menerusi muzik.

Ia dianjurkan Majlis Seni Sarawak, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Miri.
Persembahan muzikal secara percuma untuk penduduk Miri oleh Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (Sons) Klasik.

Antara objektif utama aktiviti itu adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penubuhan Sons dan peluang mendekati rakyat.

Mengenai format persembahan, Sons akan mengetengahkan persembahan lagu-lagu muzikal berentak klasik.
Selain itu, Orkestra Miri juga dijemput untuk mengiringi persembahan yang terbahagi kepada lima segmen.

Segmen dimulakan dengan Irama Sezaman diteruskan dengan Permata Sarawak, Oriental Selection, The Golden Sound of Sons, Malam Bulan Di Pagar Bintang dan diakhiri persembahan Finale oleh William Tell Overtue.

Sons ditubuhkan pada 1988 hasil cetusan ilham Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Baca lain  Lori lima tan terbabas, dua lelaki terima rawatan lanjut di Hospital Serian

Tun Taib ingin melihat Sarawak memiliki sebuah orkestra dan kumpulan koir yang dianggotai anak-anak tempatan berbakat daripada pelbagai kaum.

Sons terbahagi kepada Sons Pop/Jazz, Sons Klasik, Sons Koir dan Sons Junior @ Permata Anak Seni.

“Saya percaya dengan kerjasama Sons dan Orkestra Miri, ia akan memberi impak dalam industri muzik selain mengasah bakat-bakat baharu tempatan,” ujarnya.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Hii Chang Kee, Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf serta tetamu lain.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan