ARTIKEL

FB: Tourism Malaysia Sarawak

Muzium Budaya Borneo memukau, mempesona 70 pengamal media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keunikan seni bina, bahan artifak dan penggunaan teknologi interaktif di Muzium Budaya Borneo di sini memukau lebih 70 pengamal media yang juga peserta Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 semalam.

Menerusi program ‘Juh Raon’ yang membawa petugas media pelbagai agensi dan platform melawat lokasi ikonik sekitar bandar raya ini, rata-rata peserta kagum dengan tarikan serta kelainan ditampilkan oleh muzium kedua terbesar Asia Tenggara itu.

Wartawan Astro Awani Shuhada Kadir, 32, berkata, menelusuri pameran di muzium itu ibarat memasuki terowong masa yang mengimbau fasa pembangunan dan evolusi penempatan manusia di Sarawak sejak zaman Paleolitik.

“Saya memang suka perkara berkaitan sejarah, adat dan sebagainya, susunan naratif di muzium ini juga sangat kemas, banyak yang saya belajar hari ini, “ katanya kepada Bernama.

Wartawan TV3 Kumaran Rajamoney, 39, pula berpandangan ciri interaktif yang diterapkan menjadikan pengalaman berada di muzium itu lebih menarik dan jarang ditemukan di Malaysia.

“Antara yang saya sempat cuba ialah pengalaman interaktif seolah-olah berada di Gua Niah secara paparan visual yang belum pernah dirasai di muzium lain,” katanya.

Eksekutif Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Haikal Mohd Isa berkata, lawatan sekitar tiga jam itu mampu menjadi pembuka mata dan memberi pendedahan kepada pengamal media untuk lebih mengenali Sarawak terutama mereka yang bertugas di luar Bumi Kenyalang.

“Koleksi dan persembahan pameran bahan dan artifak juga sangat baik serta bertaraf antarabangsa antaranya seramik Dinasti Ming dan Jepun

“Bahan pameran juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa Sarawak sudah menjadi tumpuan pedagang asing dari dulu lagi,” katanya selepas lawatan itu.

Menerusi program itu, sebahagian daripada pengisian sambutan HAWANA tahun ini, peserta turut dibawa melawat Jambatan Darul Hana dan Dataran Ibu Pertiwi sebelum dibawa ke Restoran English Tea House untuk majlis jamuan teh serta sesi perangkaian.

HAWANA 2024, yang berlangsung di Kuching bermula Sabtu hingga hari ini, mengangkat tema ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ dan kemuncak sambutan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62