MY PERFECT STRANGER ialah melodrama fantasi dan misteri yang berlaku pada akhir 1980-an.
Drama ini dibintangi oleh Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo, manakala pengarah dan penulis ialah Kang Soo-yeon dan Baek So-yeon yang membuat siri The Tale of Nokdu.
Kim Dong-wook sebagai Yoon Hae-jun mempunyai personaliti dingin dan berterus terang.
Manakala, Jin Ki-joo sebagai Baek Yoon-young pula merupakan editor sebuah syarikat penerbitan.
My Perfect Stranger mengisahkan dua individu mengembara ke masa lalu untuk mengubah keadaan.
Walaupun pada mulanya kedua-duanya pergi secara berasingan, mereka kemudian menyedari mempunyai matlamat yang sama.
Kisahnya bermula apabila Yoon Jae Hyun berasa sesuatu yang aneh ketika memandu.
Semuanya kelihatan asing baginya.
Walaupun seperti fantasi, perasaan ingin tahu Jae Hyun mendorongnya untuk memandu kereta misteri dengan ciri-ciri luar biasa di dalamnya.
Terdapat mesin masa yang boleh ditentukan seperti yang dikehendaki. Dari 2021, dia pergi 2037 untuk melihat masa depan.
Kereta itu mempunyai nombor pendaftaran Seoul M0508 dan berwarna merah.
Apabila kenderaan itu melalui terowong yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa masa lama berlalu.
Jom saksikan drama korea ini di platform Viu.