ARTIKEL

Myanmar digesa hantar pulang mangsa terkandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Menteri-menteri luar ASEAN secara kolektif menggesa semua pihak di Myanmar untuk membolehkan penghantaran pulang rakyat dari negara ASEAN yang terperangkap di tengahtengah konflik, khususnya di Shan Utara.

Sambil mengiktiraf usaha pemindahan pihak berkuasa Myanmar, mereka turut menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan dan pemindahan pantas hasil kerjasama kedutaan anggota ASEAN.

Dalam kenyataan itu, para menteri menyuarakan kebimbangan terhadap konflik yang semakin memuncak, menyeru semua pihak untuk menghentikan keganasan, menegakkan undangundang kemanusiaan dan melindungi orang awam.

“Kami menyeru pihak berkuasa Myanmar dan pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan segera dan memastikan laluan pantas dan selamat untuk penghantaran pulang warga asing yang terkandas,” menurut kenyataan itu.

Menteri-menteri itu juga menegaskan komitmen terhadap penyelesaian aman situasi di Myanmar melalui Konsensus Lima Perkara, menekankan kepentingan Myanmar yang damai dan bersatu demi kepentingan ASEAN. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU