ARTIKEL

Henry ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program SAMAsedia Siri 1 2024.

MYSED fokus bangunkan golongan belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) komited bagi membangunkan golongan belia.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, pihak kerajaan bekerja keras dan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan bagi golongan belia di negeri ini.

Henry merakam kenangan bersama para peserta Program SAMAsedia Siri 1 2024.

“Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) sekarang aktif menganjurkan banyak program untuk golongan belia kita.

“Oleh itu, belia harus memanfaatkan segala inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program SAMAsedia 2024 di sini, hari ini.

Para peserta program menunjukkan sijil penyertaan.

Dalam pada itu katanya, belia juga harus sentiasa berusaha memajukan pelajaran dan meningkatkan kemahiran masing-masing.

“Para belia di Lawas harus mengikut arus perubahan walaupun kita di daerah yang paling jauh dari ibu negeri, tetapi pihak kerajaan akan sentiasa membawa dan menyediakan pelbagai kemudahan ke sini,” tegasnya.

Program merupakan anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Susoul Management.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU