PENYANYI, Nadeera Zaini, 30, mendedahkan dirinya pernah berhasrat menjual aiskrim gara-gara duit dalam akaun bank hanya tinggal RM10.
Bagaimanapun, memetik media tempatan dia bersyukur kerana ahli keluarga banyak membantu saat sukar tersebut terutama kakak yang sangat memahami keadaan Nadeera ketika itu.
Nasib Nadeera berubah apabila dia ditawarkan menyanyi di hotel-hotel besar di ibu kota dan baru sahaja muncul dengan single berjudul Emas.
“Alhamdulillah rezeki saya sentiasa ada dan Allah mudahkan semuanya,” katanya.