ARTIKEL

Mohd Saiful (dengan, tengah) bergambar dengan peserta pada jerayawara tersebut.

Nadi ekonomi negara, PMKS dijangka sumbangkan 50 peratus kepada KDNK pada 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan nadi ekonomi negara ini, kata Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik, Perbendaharaan Malaysia, Mohd Saiful Sungkih Abdullah.

Beliau berkata, pada 2018, sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia adalah sebanyak 38.3 peratus.

“Sumbangan PMKS kepada KDNK dijangka meningkat kepada 41 peratus pada tahun 2025 dan 50 peratus pada tahun 2030.

“Selain itu, pekerjaan yang dijana oleh PMKS dijangka meningkat daripada 66.2 peratus pada tahun 2018 kepada 72 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus pada tahun 2030,” katanya ketika berucap bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Jerayawara Inisiatif PMKS Sarawak Bahagian Sibu di sini semalam.

Bagi eksport pula, kata Mohd Saiful, sumbangan PMKS kepada nilai eksport Malaysia juga dijangka mencapai 15 peratus pada 2025 dan seterusnya 30 peratus pada 2030.

Rentetan itu, katanya, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 pada 12 Oktober 2023 dengan menggariskan strategi jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan (entrepreneurial nation) yang unggul dan terus membangun secara mapan dengan pengagihan ekonomi yang lebih adil dan inklusif.

Menyentuh tentang program tersebut, beliau berkata Program Jerayawara Inisiatif PMKS Negeri Sarawak adalah medium untuk mewujudkan kerjasama dan ‘networking’ antara usahawan PMKS, khususnya PMKS Sarawak, dengan agensi pelaksana inisiatif Belanjawan MADANI 2024.

“Menerusi program ini, agensi pelaksana inisiatif pembiayaan akan memberikan taklimat mengenai jenis produk pembiayaan yang ditawarkan serta konsultasi kepada usahawan kaedah untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan yang disediakan dan platform ‘networking’ antara PKMS.

“Pada tahun ini, program ini akan dilaksanakan di empat bandar utama Sarawak bermula dengan Kuching dan seterusnya di Sibu, Bintulu dan terakhir sekali di Miri,” ujarnya.

Kementerian Kewangan berharap PKMS dapat menggunakan peluang yang disediakan dengan sebaiknya untuk mendapatkan maklumat pembiayaan dan khidmat nasihat daripada institusi pembiaya atau agensi pelaksana inisiatif program pembiayaan, selain membantu mereka menjalankan atau mengembangkan perniagaan, kata Mohd Saiful.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU