ARTIKEL

Nahas feri di Sulawesi Selatan, semua penumpang selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sebuah feri yang gagal beroperasi kerana masalah elektrik berlanggar dengan dua kapal kargo kayu di Pelabuhan Bajoe, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, pada petang Jumaat. 

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika feri KMP Mishima sedang bersiap untuk berlepas ke Pelabuhan Kolaka Sulawesi Tenggara, membawa 174 penumpang dan kenderaan.

Saluran berita tempatan Berita Satu melaporkan feri itu hilang kawalan dan melanggar kapal kargo kayu itu yang sedang berlabuh.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dan semua penumpang selamat dan dipindahkan ke feri lain.  

Laporan berita itu menyatakan perlanggaran itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada kapal kayu itu, dengan sebuah daripadanya mengalami keretakan di haluan dan di bahagian tengah kapal. 

Pengurus KMP Mishima  Asnur Aini berjanji untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan membayar ganti rugi kepada dua kapal yang rosak itu, biarpun kerosakan masih lagi dalam penilaian.  
Satu video amatur yang diambil oleh seorang penduduk tempatan yang mendokumentasikan kejadian itu, dengan pantas mendapat perhatian di media sosial.  
Bernama

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

Dua maut, lori terbabas dan masuk gaung

LUBOK ANTU: Dua maut selepas lori yang dinaiki hilang kawalan, lalu terbabas ke dalam gaung di KM-7 Jalan Lubok Antu – Sri Aman, lewat petang

BERITA TERBARU

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor