ARTIKEL

Tuan Ibrahim (dua kiri) menyampaikan sijil pemilihan calon PN kepada Abidin Ismail (dua kanan) pada PRK DUN Sungai Bakap bulan depan.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal diumum calon PN PRK Sungai Bakap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIBONG TEBAL, Pulau Pinang: Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56, diumumkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada majlis pengumuman calon PN di Simpang Ampat di sini semalam.

“Kita yakin Abidin mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai calon.

“Kita harap pengundi di Sungai Bakap akan terus mengekalkan calon PN pada PRK akan datang,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Radzi Jidin, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, dan Pesuruhjaya PAS, Pulau Pinang Fauzi Yusof.

Tuan Ibrahim berkata Abidin, bapa dua anak itu, merupakan anak jati Sungai Bakap yang bertugas dalam bidang logistik dan juga pembantu kepada penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas,, Nor Zamri, yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Ros, dengan majoriti 1,563 undi. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP