HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Naik taraf bangunan IPD Daro Matu berita gembira

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Safiee Ahmad
Safiee Ahmad

MUKAH: Adun Daro Safiee Ahmad menzahirkan rasa lega apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daro Matu.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan, kementeriannya akan menaik taraf beberapa IPD di negeri ini dengan kadar segera.

“Ini memang satu berita yang amat menggembirakan dan juga hadiah buat anggota polis yang bertugas di IPD Daro Matu.

“Sebagai salah seorang Adun di kawasan ini, kemudahan itu telah menimbulkan kerisauan…dan sebelum ini saya pernah mengemukakan ia dalam sidang Dun.

“Bukan sahaja itu, bangunan uzur IPD Daro Matu itu juga tidak lagi dapat menampung bilangan anggota polis bertugas selari dengan keperluan semasa,” katanya kepada pemberita.

Nanta turut menyatakan, IPD itu sering dilanda banjir, justeru, Safiee menzahirkan terima kasihnya terhadap keperihatinan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

Melalui itu, kebajikan anggota polis di kawasan itu akan sentiasa terjaga dan kualiti perkhidmatan akan menjadi lebih baik.

Nanta ketika lawatan dan kunjungan ke Ibu Pejabat Kontinjen Pesuruhjaya Polis Sarawak telah mengatakan bahawa terdapat keperluan mendesak bagi melakukan naiktaraf IPD di negeri ini melibatkan kawasan kawasan Song, Julau dan Daro.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru