ARTIKEL

PECAH TANAH… Henry (dua kiri) menyempurnakan simbolik pecah tanah projek naik taraf jalan Kampung Tanjong Poting, Senibong dan Tanjong Bowang.

Naik taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Senibong dan Tanjong Bowang selesaikan masalah banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Projek naik taraf jalan Kampung Tanjong Poting, Senibong dan Tanjong Bowang akan menyelesaikan masalah banjir yang membelenggu kawasan tersebut sejak sekian lama.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, ketiga-tiga kampung tersebut merupakan kawasan sering banjir terutama Kampung Senibong kerana paras jalannya lebih rendah dari rumah penduduk.

Jalan yang telah diukur kini dalam proses melebar dan menaikkan paras.

“Ada dua jambatan perlu dibina dan paras jalan perlu ditinggikan terutama di Kampung Senibong.

“Ini kerana paras jalan Lebuh Raya Pan Borneo berada di atas dan kampung tersebut berada di bawah.

“Kalau siap jalan itu nanti, kita tiada masalah banjir,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Senibong dan Tanjong Bowang di Kampung Tanjong Poting, di sini, hari ini.

Projek memakan kos RM43.9 juta itu mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan membabitkan kerja-kerja pembesaran jalan, pembinaan dua buah jambatan bagi menggantikan jambatan besi sedia ada, longkang dan tembok cerun serta perabot jalan.

Henry yang juga Adun Tasik Biru berkata, beliau akan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berkait pemilik tanah.

Ini kerana jelasnya, projek tersebut melalui tanah penduduk kampung yang sudah mempunyai surat hak milik tanah.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau