Naik taraf jalan untuk keselesaan pengguna

KUCHING: Lebih RM500,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek menaik taraf jalan di kawasan Batu 7, menurut Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Beliau berkata, inisiatif itu untuk mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas yang sentiasa berlaku di kawasan tersebut.

“Saya yakin dengan pembinaan jejambat dan usaha menaik taraf jalan di sekitar ini akan memudahkan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan ini. “Ini termasuk bagi mereka yang merancang perjalanan dari Kuching ke Serian dengan melalui laluan ini,” katanya sempena lawatan ke tapak pembinaan jalan tersebut di Siong How Electrical Shop, di Batu 7 semalam.

Menurut Khere Chiang, reka bentuk jalan juga mengambil kira beberapa aspek termasuk keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), mereka mencadangkan reka bentuk tersebut perlu selaras dengan keperluan dan kepentingan masyarakat setempat.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Mac 2021

Suara Sarawak