ARTIKEL

Naik taraf kemudahan sukan di Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan akan segera mendapatkan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan serta naik taraf stadium tertutup dan kolam renang Kapit.

Menurutnya, dua fasiliti tersebut kini tidak dapat digunakan kerana dalam keadaan mengalami banyak kerosakan selepas digunakan sebagai pusat kuarantin menempatkan pesakit COVID-19 dahulu.

“Dua kemudahan ini penting untuk orang ramai khususnya golongan belia di sini untuk beriadah serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Maka tidak seharusnya fasiliti di pusat bandar Kapit ini dibiarkan dalam keadaan rosak serta tidak dapat digunakan.

“Maka kementerian saya selaku jabatan bertanggungjawab menyelenggara kemudahan ini mengusahakan segera mendapatkan peruntukan, arkitek dan sebagainya supaya kerja-kerja baik pulih dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 di Dewan Suarah Kapit, di sini, semalam.

Tambahnya, beliau menganggarkan kerja-kerja baik pulih itu mungkin memakan peruntukan sekitar RM8 sehingga RM10 juta, namun ia tidak perlu dirisaukan kerana Kerajaan Sarawak mempunyai kewangan yang stabil.

“Saya percaya permohonan untuk tujuan ini dapat melalui laluan pantas kerana kita tidak mahu belia di sini tidak mempunyai kemudahan sukan baik, yang akhirnya boleh terjerumus kepada kegiatan sosial.

“Dalam pada itu, saya mahu baik pulih itu kelak merangkumi naik taraf seperti pemasangan penghawa dingin dan sebagainya,” tegasnya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, beliau memberitahu Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sedang merangka Indeks Belia Sarawak 2.0 bagi menilai tahap kesejahteraan belia.

“Kajian itu akan dilaksanakan tahun depan membabitkan 19,600 belia dari 45 daerah di seluruh negeri.

Antara fokus kajian adalah Domain Pendidikan, Domain Ekonomi, Domain Kesejahteraan Mental dan Fizikal,
Domain Sosialisasi Politik dan Demokrasi, Domain Nilai dan Identiti serta Domain Media dan Digital.

“Melalui kajian ini, kita percaya kementerian akan membangunkan pengurusan data dan merangka strategi pembangunan belia Sarawak,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

Tze Yong cedera tulang belakang

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang dan cakera semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan

12 pasukan sertai Kejohanan Kabaddi Kebangsaan

KUCHING: Kejohanan Kabaddi Peringkat Kebangsaan (3 Star) 2024 yang akan berlangsung di pusat beli-belah AEON Kuching menyaksikan pertembungan 12 pasukan dari seluruh Malaysia. Kejohanan tiga

BERITA TERBARU

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan