ARTIKEL

Naik taraf Kota Sentosa Town Square untuk keselesaan orang ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kota Sentosa Town Square akan terus dinaik taraf dan diperbesarkan untuk keselesaan orang ramai, kata Adun Kota Sentosa Wilfred Yap.

Menurutnya, untuk tujuan tersebut beliau sudah memohon peruntukan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM500,00 kepada Pejabat Premier Sarawak untuk kelulusan.

“RM500,000 itu untuk menaik taraf keseluruhan Kota Sentosa Town Square dan sekarang saya masih menunggu kelulusan daripada Premier Sarawak.

“Kita mahu mengindahkan dan memperluaskan lagi kawasan dataran ini untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Pengagihan Kurma kepada Penjaja dan Peniaga Bazar Ramadan Kota Sentosa, di sini, hari ini.

Tambahnya, apabila permohonan tersebut diluluskan kelak, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan dilantik sebagai agensi pelaksana termasuk dalam proses mengeluarkan tender dan lantikan kontraktor.

Bercakap mengenai program tersebut, beliau memberitahu pihaknya menyantuni sekitar 70 gerai jualan yang terdapat di bazar tersebut dan setakat ini amat berpuas hati dengan pengoperasian tersebut kerana tidak menerima sebarang aduan yang tidak baik.

Sementara itu, Pengerusi MPP Tan Kai memberitahu, pihaknya amat mengalu-alukan wakil-wakil rakyat turut menyumbang dalam usaha menaik taraf pelbagai kemudahan awam yang terdapat di kawasan pentadbirannya.

“Seperti sedia maklum, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai pendapatan sendiri dan hanya bergantung kepada cukai taksiran, namun jumlah tersebut hanya mencukupi untuk menampung kos-kos penyelenggaraan sahaja.

“Justeru, kita amat memerlukan semua wakil rakyat, tidak kira Adun mahupun Ahli Parlimen untuk turut menyumbang kepada usaha menaik taraf pelbagai kemudahan MPP melalui peruntukan RTP mereka,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU