Trending

Naik taraf pantai Belawai dan projek bina masjid Kampung Jerijeh bakal bermula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TANJUNG MANIS: Perlaksanaan projek naik taraf pantai Belawai dan pembinaan masjid Kampung Jerijeh bakal bermula tidak lama lagi.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, peruntukan RM3 juta yang diluluskan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari ketika menyempurnakan majlis penanaman tukun tiruan di Belawai.

Usaha itu katanya, melibatkan pembinaan pelbagai prasarana untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung di pantai itu.

“Pantai Belawai mempunyai potensi besar dalam bidang pelancongan dengan adanya persekitaran yang tenang dan jajaran pantai yang bersih selain beberapa tarikan lain yang menarik di kawasan berkenaan.

“Usaha memperindahkan pantai ini memberi manfaat besar kepada penduduk setempat khususnya mereka peniaga kecil. Kehadiran lebih ramai pengunjung bukan sahaja ‘menghidupkan’ suasana pantai tetapi juga membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat,” katanya ketika menyempurnakan program Gohet Basikal Telau 2020, di sini, hari ini.

Len Talif yang juga ADUN Kuala Rajang berkata, penduduk Kampung Jerijeh bakal menikmati kemudahan beribadah di masjid baharu yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Katanya, pembinaan masjid bernilai RM4 juta yang menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang dan RTP Parlimen Tanjung Manis juga bakal bermula.

“Sehubungan itu, saya menggesa kerjasama semua pihak terutama pemimpin masyarakat supaya perlaksanaan projek ini siap mengikut jadual. Paling penting terus teguh di belakang parti GPS. Kalau pilih GPS, kita tidak akan sesat. Tak usah pilih orang lain. Orang luar memang akan kacau tapi biar kita pilih orang kita saja,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab, Residen Mukah, Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Tanjung Manis, Udin Bujang, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru