ARTIKEL

TINJAU... Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi melakukan tinjauan ke atas stesen pam pengalak dan tangki takungan aras tinggi bersama Datuk Abdullah Saidol di Serdeng, Semop, Saai, Penibong dan Penipah pada Selasa.

Naik taraf sistem bekalan air Pulau Bruit kini capai 91.08 peratus masuk fasa akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Pelaksanaan projek naik taraf sistem bekalan air Pulau Bruit kini memasuki fasa akhir dengan kemajuan fizikal 91.08 peratus, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata, projek itu pada asalnya mengambil masa 18 bulan, bermula pada 22 Oktober 2020 dan siap asalnya pada 21 April 2022.

Bagaimanapun katanya, ia tertangguh berikutan pelbagai halangan termasuk pandemik Covid-19, logistik, kekurangan air untuk pengujian dan pentauliahan, dan kelewatan kontraktor.

“Ketika ini kontraktor melakukan pengujian dan pentauliahan ke atas komponen projek yang sudah siap, seperti stesen pam penggalak di Serdeng dan Saai, supaya dapat menyerahkan komponen yang sudah siap kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk operasi.

“Siapnya sepenuhnya projek itu nanti, kita berupaya memenuhi keperluan air yang semakin meningkat di Pulau Bruit, sehingga tahun 2040, yang dijangka mampu menampung populasi sehingga 16,600 di kawasan ini,” katanya kepada media ketika mengadakan lawatan ke tapak projek hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol.

Mengulas lanjut Julaihi berkata, Lembaga Air Sibu (LAS) adalah agensi pelaksana projek Program Grid Bekalan Air – Kawasan Tumpuan Cadangan Bekalan Air Sarawak bahagian Mukah itu.

Secara keseluruhan ujarnya, nilai skim projek yang diluluskan untuk kerja pembinaan dan penyeliaan tapak ialah RM84.4 juta.

Katanya, kawasan Pulau Bruit di bawah bidang kuasa JBALB Mukah, berdepan masalah gangguan air, terutamanya di kawasan utara Pulau Bruit termasuk Kampung Penipah Kampung Tekajung, dan Kampung Bruit, disebabkan kekurangan air terawat.

“Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif membiayai kos keseluruhan projek sebagai penyelesaian jangka panjang untuk isu berkenaan.

“Cadangan Bekalan Air Ke Pulau Bruit diperolehi secara tender terbuka sebelum dianugerahkan kepada Kontraktor, Mirecont Sdn. Bhd pada 25 September 2020 dengan harga kontrak sebanyak RM64,380,388,” jelasnya.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU