ARTIKEL

Naikkan elaun ketua masyarakat, ahli majlis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Menaikkan elaun bulanan ketua masyarakat dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan penting dalam tanggungjawab semasa mereka hari ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Rosely berkata, usaha itu juga dilihat setimpal dengan tanggungjawab mereka.

“Elaun mereka ketika ini mungkin tidak cukup menggambarkan tuntutan skop pekerjaan mereka.

“Pemimpin masyarakat sering memainkan peranan penting dalam tadbir urus akar umbi, memerlukan masa dan usaha untuk menangani isu tempatan, menyelaras aktiviti masyarakat dan bertindak sebagai penghubung antara penduduk dan pihak berkuasa.

“Tanggungjawab mereka melangkaui elaun nominal antara RM900 hingga RM1,300 yang memerlukan semakan untuk memastikan pampasan yang adil untuk sumbangan berharga mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika ini, elaun bulanan ketua masyarakat adalah RM1,300, manakala ketua kampung menerima RM900 dan ahli majlis RM300.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU