ARTIKEL

NAIM Street Mall: Penyebar video palsu diberi amaran tegas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kumpulan NAIM semalam mengeluarkan amaran tegas berhubung penyebaran video yang mengelirukan atau konten yang memutar belit keadaan sebenar di NAIM Street Mall dan Bintulu Paragon di sini.

Kenyataan akhbar berkenaan dikeluarkan semalam ekoran penularan sebuah video di berbagai saluran media sosial yang membayangkan ada “kejadian ghaib” di gedung beli belah berkenaan.

Pengurusan NAIM Street Mall telah menjalankan siasatan mendalam, termasuk menyoal mereka yang terlibat, dan mengesahkan video tersebut adalah palsu dan dibuat-buat.

Sehubungan itu, pihak pengurusan bersedia sepenuhnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau entiti bagi mencegah penyebaran maklumat salah atau palsu, dan tidak akan membiarkan sebarang perbuatan yang cuba merosakkan imej mereka.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kata NAIM, mereka tetap teguh dengan janji untuk menjaga kepentingan mereka dan memastikan keselamatan pelanggan dan penyewa mereka.

Bintulu Paragon merupakan mercu tanda yang dahulu menjadi tapak lapangan terbang lama Bintulu dan dikenali masyarakat antarabangsa pada 1981 selepas mendapat tempat dalam ‘Guinness World Book of Records’ kerana lokasinya di pusat bandar.

Baca lain  Bot fiber Haji Kip di Pulau Bruit laris

Sekarang tapak itu menjadi tumpuan utama bagi acara kebudayaan seperti Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo yang menarik ramai pengujung setiap tahun.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang